ORDER FORM

Name:
Email Address:
Address:
Contact Number:
Item Code/Color:
Quantity:
Payment Method: CIMB
BANK ISLAM

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday 5 May 2015

Pengalaman Bersalin di PPUM December 2014 (Part2)

Salam....bila baca balik tajuk post..rasa nak tergelak pun ada.Pardon my skemaness hehe...bukan apa..before bersalin pernah google pengalaman-pengalaman ibu2 lain. So perhaps bila letak title camtu..senang sikit orang nak cari kan kan hehe.

Ok..sambung cerita...yang sebenarnya sebelum masuk ke labour room husband kata dia balik ke rumah sedara dulu sementara dapat news from hospital. So kita pun malasla nak paksa dia tunggu juga..kesian juga kalau lambat lagi bersalin. Plus since dari dulu pun dh tau PPUM x husband friendly waktu dalam labour room..dah set in the mind siap-siap nanti kena bertarung nyawa sorang-sorang. So tak payah nak mengada-ngada sangat. sebab tu bila nurse cakap husband dah azankan baby, rasa macam tak percaya pun ada sampailah memang nampak dia tunggu kat luar labour room tu.waktu tu memang tahap lembik sangat-sangat. Nak pusing kepala pun tak larat. Probably banyak hilang darah waktu bersalin tu. Husband tanya nak air tak? Angguk kepala terus dia suap. Lepas tu nurse tolakkan katil nak masuk ke wad post natal. Husband pun ikut sekali. Dah masuk wad dalam pukul 12 camtu..nampak ada 3 katil lain.tapi semua bertutup dengan langsir. Sunyi je.

Husband cakap dia dah request bilik single sebab nak temankan..tapi tak de rezeki. So tak dapatlah dia temankan. Habis je dia kemas-kemas barang, terus dia balik since tak boleh teman lama-lama kan. Tapi sempat tanya..ada snap gambar baby tak? Boleh dikatanya tak...abang lupa...haha..too excited sampai tak sempat snap gambar langsung. Sabar jela kita dengar.Husband balik je terus tido tak ingat apa. Sampailah datang nurse tolak trolley baby. Dalam pukul 5 pagi camtu. Nurse kata baby dah lapar..puan kena susukan. waktu tu macam confuse camne nak susukan ni..1st time kot..terkial-kial nak susukan pastu last2 nurse tu cakap..tak pe..puan baring je..meh saya tolong. Dari lalok..terus segar mata tengok baby sendiri. Barula dapat perhati satu-satu muka baby. Dapat belek-belek rambut lebat dia. 1st tme dapat cium btoi-btoi..subhanallah..memang wangi...barulah faham kenapa ada orang cakap baby baru lahir bau syurga. Terlampau wangi sampai rasa tak nak lepas je. tido pon peluk baby hehe. Tapi bersendal la..sebab he was too small at that time. Takut-takut nak pegang takut tersakitkan dia. Unfortunately Luth langsung tak respon klu kita usik dia..memang tidur je kejenya. Nurse cakap probably sebab dia ingat dalam perut lagi.

Subuh dapat mesej dari husband. Awal-awal lagi dh tanya pasal baby. Sob sob...bukan nak tanya pasal bini..syahdu je baca mesej. Nampak sangat dah sayang anak lebih. Siap mention nurse kata patutla baby comel, ayah dia handsome. Keh keh keh sampai bila-bila takkan ku percaya. Sungguh-sungguh cakap abang tak tipu. Kita layankan jela ye... cakap dekat husband..nanti waktu melawat terus masuk wad tau..jangan lewat macam semalam sebab badan rasa melekit sangat nak mandi..tapi tak de orang tengok baby. tapi tak sempat tunggu waktu melawat...waktu nurse-nurse pelatih datang jenguk baby..& kemas katil terus take advantage pergi mandi..barulah lega.

Dalam pukul 8 lebih my mother in law datang jenguk dengan kawan. Sungguh-sungguh dicium cucu sulung sorang ni. Yang si menantu dah sengih-sengih sebab mak mentua bawa nasi bungkus. Sambil my MIL kelek baby..kita sengih-sengih sambil makan. tak tahulah kenapa jadi lapar sangat. Then tepat pukul 12 waktu melawat husband dah sampai wad And as predicted...bukan tanya bini ok ke x..cari anak dulu kot (T_T)


See...nampak tak tu..sayang bini pun tak macam tu. Tu baru sorang..klu anak ramai memang kita ni melukut kat tepi gantang la kot jawabnya huhu.

Ok..overall nak buat conclusion..bersalin dekat PPUM sangat best sebab environment macam private tapi kita bayar murah. Accomodation semua sangat sangat puas hati. Even my mum cakap macam Columbia Asia dah wadnya. Tapi lagi cantik. padahal half private je PPUM ni.Servis nak kata tip top tu tak la tip top..since we pay less..so tak expect la layanan macam VIP kan. Nurse & doktor sangat-sangat ok even though ada jugak certain yang sometimes agak meninggi suara..tapi sangat jarang la nak jumpa. Ada la sekali tu agak bengang dengan sorang nurse ni sebab asyik paksa pergi dengar talk penjagaan baby. Bila kata I was too tired & lalok due to the ethonox gas..nak bangun pun pening lagi.Rasa macam jalan pun nak jatuh..seriously kalau tak nak lalok..jangan lah sedut gas tu too much ok...effect dia memang sampai ke petng esoknya tak hilang.plus sakit jahit yang super sakit pun ada.dia boleh cakap takde kesan pun gas tu. Orang lain boleh je bangun..kenapa awak tak boleh? Aiyoo..sabar jela.Kalau tak pening..tak sakit..dah lama daku berlari dengar talk tu tau..Last-last buat pekak je pastu sambung tido Hehe...yang lain semua ok..sangat puas hati. Insha Allah kalau ada rezeki or anotherbaby L is coming..inshaa Allah nak pergi ke PPUM lagi. Cuma untuk next baby L dah target nak try bersalin dekat private wing diorang which is UMSC sebab kalau boleh nak husband ada waktu 2nd labor experience. Nak dia tengok sendiri how difficult and painful the process hehe. Oh..by the way..untuk those yang survey kos checkup & bersalin dekat PPUM:

Checkup 1session (patutnya 2session tapi dah terbesalin awal) + kos bersalin + kos warded both mom and baby untuk 3 hari 2 malam= RM 20 sahaja.

Eh kenapa murah? sebab if korang work with govt..please bring along surat GL (Guarantee Letter)korang waktu check up & waktu bersalin. So automatik kos RM500 tu tak payah bayar 😊😊😊

Post natal ward yang serious cantik & selesa. Klu tak silap untuk post natal ward, ward dia warna purple.Untuk Pac room, bilik dia warna kuning cair & pre natal ward warna biru tua. Semuanya ada decorations butterfly tu. Memang tenang je hati duduk dalam ward hehe 😊😊😊
   

Sunday 3 May 2015

Pengalaman Bersalin di PPUM December 2014 (Part 1)

Salam...dah dekat 4 bulan baby L lahir...maknya tak reti-reti update blog yang kononnya nak jot down life journey Baby L ni. Alhamdulillah Luth Dzahirul Haq mommy selamat dilahirkan pada 17 Disember 2014. Sebulan awal dari tarikh yang tak sepatutnya. Baby Luth ni series mendengar cakap mak dia suruh keluar awal. Keluar sungguh (T_T). Mommy melawak je anak oi...tak sangka keluar betul-betul hehe. Ok..nak buat story pasal kronologi kelahiran Luth..gituuu..bunyi macam baca buku sejarah je hehe. Luth..mommy cerita ni awal-awal in case cekgu sekolah Luth suruh buat folio 'sejarah kelahiranku', Luth copy paste je cite ni ek..mommy ni dahla pelupa..sebelum sel-sel otak berhenti berhubung baik mommy jot down siap-siap. Oh b4 that, those yg cakap lepas bersalin ni jadi pelupa, I feel you sis..I feel you. I feel you sampai tahap pi kerja pon pakai baju terbalik (T_T).

15 Disember 2014

Check up dengan Klinik Soraya seksyen 2  Shah Alam (sebab badan tak larat nak beratur tunggu turn dekat KK..so decide check up dekat Panel UiTM) macam biasa. Selalu jumpa doktor Dahlia..tapi haritu jumpa doktor Satiah..check up macam biasa..just dia schedule lg next week dtg balik. Sempat jugak dia melawak itu pun kalau awak tak bersalin lagi la. Sengih jela kita dengar.



16 Disember 2014

Tengah kerja..rasa malas sangat-sangat. Siap update ig mention bilalah baby nak keluar. Padahal baru 36weeks. Tapi badan rasa ya ampun..sakit-sakit kot. By saying sakit tu...cover the whole body. Padahal baby tak besar mana pun. Balik rumah selalu petang-petang masak.Tapi haritu dah mention siap2 dekat husband x nakla masak..kita beli je. Ingat nak setelkan rumah bersihkan apa yg patut b4 cuti bersalin. Malam tu memang habis semua baju dibasuh, toilet pun habis disental sekali pakej mop satu rumah kot. Sebab pernah dengar org cite..dia mop satu rumah esoknya terus bersalin. Kita pun beria lah nak buat konon nak bg baby cepat sikit keluar..sebab orang tgur baby kat atas lagi ni since perut pun tinggi lagi kan. Macam lambat lagi je.Kot la baby L nak turun siap-siap. Boleh mommy bajet bila nak keluar. Unfortunately the advise totally work ok! Tak sangka secepat tu hehe.. Malam tu mula2 tak boleh tidur je..rasa macam sakit perut. 2-3x ulang alik. Dalam hati ni confirm braxton hicks. So tak yah layan. Kalau tak memang ke hospital la jawabnya.  So bedal jugak tidur dengan nyenyak

17 Disember 2014

Bangun pagi tengok jam..dah pukul 6suku. Tengok husband dekat sebelah still tido nyenyak. So bangunlah ke shower nak mandi. Bangun dengan perasaan malas yang amat  nak pergi keje ok. Badan pun rasa lembik macam mana entah..baby L pun macam biasalah...mengeras he kerjanya. Apayang dibuat kat dalam tu pon x tahulah..sua tangan kat air sejuk la pulak..cepat2 masak air. Sambil tunggu air nak masak tu gosok gigi. Then tetiba rasa something turun. Dalam hati..oh biasala tu mucus plug kot. Dekat2 nak bersalin memang macam ada mucus duk turun. So mula2 ignore je. Tetiba tengok lagi sekali...telan air liur. Blood show. Sikit tapi pekat. Selalu baca orang lain punya pengalaman darah yang turun macam awal period. But yang ni asal merah pekat? So fikir punya fikir barula terfikir nak panggil suami. Boleh plak termenung sendirian dulu baru dapat idea nak panggil husband. Panggil slow je..tak jawab..panggil lagi 2-3x. Malas nak jerit macam dalam drama melayu tu. Kang tak sempat bersalin..husband masuk spital dulu sebab terkejut lol. Few minutes later datangla husband dengan muka baru bangun tidur. Tak cakap apa dah..terus tunjuk blood show tu. Apa lagi..terus husband buat insyarat tangan suruh siap. Yang si wife pulak ternganga tengok si husband but insyarat tangan. Dalam hati dah kenapa laki aku ni buat insyarat tangan pepagi buta ni..owh..suruh siap rupanya. Lol husband..if you reading this..i still remember your hand language ok. Beria dia suruh siap..kita ni punyala dalam mood malas. Pastu terfikir nak tanya mak & kakak...after conversation dgn diorg, conclusionnya since blood show dah turun makanya pergilah hospital cepat2. Ala...malasnya nak pergi sekarang..sebab tak rasa sakit langsung kot. Entah-entah baru satu 1cm. Husband pun duk suruh siap. Pandang keliling rumah...dahla berselerak..takkan nak tinggal gitu je kalau dah nak bersalin. So cakap dekat husband kejap kejap..nak setel rumah dulu. Nak kemas beg dan bla bla bla. Banyak sungguh dikemasnya. Dah kemas tu..eh lapar pulak. Eh kejap sayang..koko crunch baru beli sekotak dengan susu satu tong haruslah dirasmikan. Beria je beli banyak2 konon nak buat stok kat rumah. Sekali hamik..baby keluar dulu. Makanlah laki bini koko krunch dulu. Sambil2 tu dah rasa contactions. Sakit2 sedap gitu...dalam sela masa 15 minit. Cakap kat husband..selalu sakit camni baru 1 cm..chewahhh..macam dah pernah beranak je bila cakap. Confident itu penting ..kalau doc suruh balik dulu kita lepak hotel ye. (Rancang bersalin di PPUM tapi since rumah jauh di Puncak Alam..so hotel la solutionnya.) Dalam hati siap gatai lagi duk pikir..ni sempat lagi berjalan jalan kat sunway pyramid ni. Konon nak bagi cepat buka jalan lah konon sebab duk.baca pengalaman orang lain semua macam tu. Naik je kereta boleh pulak husband merempit. Takut jem katanya since nak ke PJ kitorang decide turun melalui jalan dalam Shah Alam. If lalu federal highway agaknya dah terberanak daku. Tak pasal-pasal masuk Harian Metro..oshhh..x sanggup la. Cakap dekat husband..relax la sayang..lambat lagi ni sempat lagi ni. Pastu sampai Shah Alam tetiba cakap kat husband..ala..klu bersalin arini, tak sempatla makan Nandos. Dah lama teringin. Terus husband tegur..kenapala tak cakap awal-awal? Bini sengih jela. Sebab memang niat nak makan nandos..tapi tunggu gaji dulu. Kebetulan pula baby nak lahir hari gaji. Memang tak sempatlah jawabnya hehe.

Dalam pukul 9.45 pagi dah sampai area subang jaya. Waktu ni sakit dah dalam sela masa 10-8 minit. Husband pun tegur dah kerap. Yang boleh perasaan sela masa tu sebab dh download siap2 application untuk kira contractions. Berguna jgakla apps tu. Sampai bangunan wad bersalin PPUM yang baru tu..husband suruh turun dulu. Tapi since tak sakit sangat cakap kat dia x pe..kita parking dulu. Mujurla ada parking..tu pun parking haram. Tepi parking ada tangga..confident cakap kita naik tangga jela...orang kata boleh bagi cepat bersalin. Sumpah confident sebab ingat lambat lagi bukaan tu. Terus naik ke tingkat 3 (Labour Room)..tingkat 3 kata kena pergi bilik PAC dekat tingkat 4 dulu untuk cek bukaan. Naiklah mak buyong ni. Nurse pun tanyalah apa yang patut. Mujur dah booking siap2 untuk bersalin.Take note ye sesiapa yang nak.bersalin dekat PPUM...kindly buat booking seeloknya waktu 20weeks of pregnancy. Kalau lambat..probably wad dah fully booked since diorg kan half govt. Kalau govt..walk in je. Setel register...dapatlah baju pink. So dekat bilik PAC ni macam biasalah..diorang interview macam2..sambil cek suhu badan.cek tekanan darah semua tu. Then diorang pasangkan alat untuk check heartbeat baby & contractions. Dalam hati harap-harap adalah contractionsnye sebab last time even sakit gile2 mesin tu x dapat detect langsung. Sia sia je datang dari jauh.Terbaringlah dekat sejam sambil dengar bunyi jantung baby. Then datanglah doc nak cek apa yang patut. Since doctor kata contraction ada tapi tak kuat...so duk pikir confirm lmbat lagi sebab nurse ramai cakap anak sulung ni selalunya selang 4 jam akan ada 1cm bukaan..hushhh..lama tu. Dahla lapar gile. Nurse siap gelak lagi bila dengar sempat breakfast kokokrunch je. Dipesannya suruh makan kejap lagi. Even contractions x kuat,  the next procedure haruslah VE. Ve actually tak sakit pun. Yang penting kita relax. Doc tetiba cakap. Eh you dah 3cm la. Dah boleh admit ward ni. Terkebil-kebil mata dengar. Hah macam mana boleh 3cm dah? Tak sakit pun? Tak sempat makan nandos pun. Baru ingat nak berjimba-jimba dulu. Doktor tarik je tangan..siap tunjuk glove penuh darah ok. Padahal sepanjang jalan x de pun show turun kot huhu. Bila confirm nak bersalin..so buatlah last scan. Doc cakap your baby kecik je ni. I predict dalam 2.8kg macam tu. Kita angguk jela. Mujur x 4kg. Pengsan pengsan haha.

Keluar dari PAC..1st sekali cari husband dulu. Mujurla dia tunggu kat waiting area tu. Pergi dekat dia sambil sengih-sengih. Terus cakap cuba abang teka dah berapa cm? Dijawabnya 2cm..si wife pun sengih lagi macam kerang busuk. Tak..dah 3cm kot. Terperanjat la di dengarnya.Bini sihat walafiat kot. 3cm tang celah mana. Naik dekat wad dapat katil. Waktu tu dalam pukul 12 tengahari. Dalam bilik tu ada 4 katil. Ada yang tunggu masa & ada yang kena tahan sebab complications. Yang tunggu masa tu macamlah 2 bunyi dengar. Nangis ada semua ada. Kita, hek eleh..tak sakit pun. Siap kirim kat husband lagi..nak doublechesee burger..dua tiga kali duk sebut padahal dah melantak sepinggan nasi. Husband pun pergilah cari..dalam dekat pkul 2 datangla husband dengan double chesee burger. Sungguh-sungguh melantak sebab lepas ni kena pantang kan. Husband balik since waktu melawat dah habis plus nurse pun cakap lambat lagi ni baby nak keluar. Ok fine..siap main wassap dulu. Terjumpa pulak hari conditioner sunsilk..so duduk dekat kerusi waiting sambil belai rambut dengan harapan masuk labour room dengan rambut wangi haha. Oh..did i mention yang before bergerak ke hospital siap sempat pakai make up semua lol..salah che ta le ni. Doktor siap tegur..you demam ke? Apasal bibir you merah sangat? Haha..terkulat kulat daku nak menjawab...lipstick la doktor. So belailah rambut sambil belek handphone sambil dengar patients patiens lain menangis. Slowly the pain getting harder. Dari 8minit..tukar ke 5 minit. Allahuakhbar...dah tak de sakit2 sedap. Terus wassap husband..pukul 5 please datang on time. Sebab tiba-tiba berat hati rasa baby is coming earlier than expected. Tak tahan dah sakit. Time tu handphone pun dah tak pandang dah. The only thing yang boleh calm kan sakit ialah doa nabi Yunus. Contraction datang je terus repeat doa tu. Alhamdullilah..memang betul kata orang boleh kurangkan sakit. Sela masa suddenly dah jadi selang 3 minit. Sakitnya..subhanallah...menitik nitik air mata. Ada doktor tanya, nak cek bukaan tak.terus jawab no. Sebab dapat rasa bukaan dah reach 4 cm. If dah 4 cm..kena tolak ke labour room. Confirm tak sempat jumpa husband.Text husband since pkul 5 tak datang-datang lagi. Call pun tak berjawab. Ya Allah..waktu tu sakit dah teramat sangat. Nak je menyerah diri. Pukul 6 baru nampak husband datang dengan mak mentua. Husband datang terus gelak sebab bini tengah menangis2 baru lepas contractions. Di tanyanya kenapa menangis,huhu..mana bolehh tahan kot.sakit..tengah sembang dengan MIL pun bila sakit datang terus automatik luruh je air mata tu. Terus sandar kat badan husband. MIL suruh banyakkan jalan pun surrender. X boleh bangun berdiri langsung. Last- last cakap please panggil doktor..dah sela 3 minit ni..tunggu dalam 10 minit datangla doc check bukaan. Pkul 6.30 petang dah 5cm. Confirm kena masuk labour room.terkejutlah nurse yang attend tu..sebab expect lambat lagi kan. Naik wheelchair air mata dah merambu rambu dah. Nurse pun menenong je tolak kedalam. Mujur dia perasan kita duk kalih2 muka nak jumpa husband dengan MIL dulu. Sempatlah salam cium tangan. Tak sempat mintak ampun apa dah.

Labour room di PPUM ni agak best sebab seorang satu. Dia punya privacy smpai x dengar kot suara patient lain. Masuk-masuk je doktor pelatih dah tanya macam-macam. Ok kat sini memang agak fail. X best hokeh kau tengah sakit-sakit orang duk interview personal details ko sebab nak key in dalam komputer. Weh..kita nak beranak kot..yang pi tanya alamat rumah tu semua kenapa? Ada sikit kebengangan kat situ hehe. Sebab dah masuk je labor room tu memang topeng ethonox tu jadi bestfriend terus lol. Time ada mood je reply apa diorg cakap. Mujurla ada senior doktor yg marah pelatih-pelatih tu . Words yg sempat didengar ' patient ni dari wad atas kan? Mesti dah ada file case. Kenapa nak tanya macam- macam lagi? Pergi cari file dia cepat!' Omg...rasa macam nak bagi flying kiss satu dekat doktor tu. Seb baik tengah sakit.

Waktu masuk labor room tu subhanallah...memang betul-betul bertarung nyawa. Yang boleh dibuat cuma mengerang sakit smbil baca doa nabi Yusuf. Tak lekang-lekang dari mulut. Topeng gas ethonox tu pun sentiasa di mulut. Ok..untuk ibu-ibu yang nak bersalin dalam keadaan normal..mohon jangan sedut gas tu terlampau banyak ye. Sebab nanti over lalok macam kita. Sampaikan tengok jam pun x sedar pukul berapa hehe. Yang ingat, sakit terlampau kuat sampaikan dah peluk besi katil tu. The only words yang boleh keluar dari mulut hanya Allah. Alat ctg kat perut pun dah x hairan dah position macam mana. Sambil sakit tu nampak nurse keluar masuk....pastu tetiba ada doktor kat sebelah..ada la dengar doktor tu cakap dekat nurse..' she in pain..why ctg x captured dia punya contraction? Look at her' hah..waktu tu memang sendiri pelik. Dari 1st tme msuk PAC pun mesin tu x dapat detect. Tu yg doktor mula-mula ingat lambat lagi nak bersalin tu. Mungkin kita memang tak de chemistry kot mesin ctg hehe. Sebab gas ethonox tu, i was too lalok. Sakit tu memang sakit.Tapi rasa terawang-awang sangat. Ada masa boleh perasan ada orang dalam bilik tu. Ada masa macam tak ada orang. Tapi sempat tengok jam..dalam 7 lebih macam tu baru setel pasang mesin semua. Entah dalam pukul berapa ada nurse kat sebelah pasangkan drip. Waktu mengerang (tak kuat macam dalam drama pon hehe) nurse tu senpat cakap..sabar dik..sabar..beranak memang sakit. Allahuakhbar... itu memang tak di denied.rasa nyawa tu dihujung tanduk je. Pastu nampak nurse tu datang jenguk lagi..since lalok sangat..terdengar dia sebut dik...akak bagi adik ubat ye..kurangkan sakit. Kita angguk jela sebab memang macam high gile2..lepas dapat cucuk tahan sakit (bukan epidural) terus tertidur for a while. Tido pon waktu contractions still terjaga ok. Pernah at one time boleh pulak merayu-rayu dekat nurse pasal nak g toilet. Memang tak la nurse tu nak bagi kan sebab dah nak bersalin. Dia suruh lepaskan je atas katil haha...ok fine..redha jela..dalam hati apesal la ko minum air bergelen gelen tadi yana.

Dalam pukul 9 lebih macam tu.terasa 1 urge yang sangat kuat dekat bawah. Macam ada something melonjak-lonjak nak keluar. tu feeling jela hehe. Dalam hati kau buat pe la kat dalam tu nak. serious sakit. sampai peluk besi katil la. tengok nurse seorang pon tak de. since baby L was predicted to be born on the next day. Bukan on the same day. So nurse x pantau sangatla kan. X datang jugak. So sambil sakit sambil jerit sambil terteran...sebelum tu memang rasa dah nak meneran..tapi x berani..takut kepala Baby nak keluar. Tiba-tiba bunyi Plop! Ok..hilang sakit tu sekejap..sedar-sedar air ketuban dah penuh atas katil. Sempat lagi fikir owh betulla orang cite air ketuban tu rasa dia suam2 hehe..pastu datangla 2 orang nurse tengok. Yang perasan diorang sebut owh air ketuban dah pecah. Kejap lagi doktor datang ye. Ok then terus tertido. Tak ingat apa dah sampaila datang 2nd urge nak meneran tu.

Buka mata sebab rasa sakit lagi dari tadi nampak ramai doktor pelatih & a lady doctor. Dia buat apa entah..yang tau tiba-tiba dengar ok..the baby is coming..puan boleh teran sekarang.hamboi gitu kau anak...macam artis..siap ada announcement lagi bila nak keluar. Teran 3x tak silap. The 1st one of course tak keluar..the 2nd one termengerang sampai nurse marah jangan jerit..simpan suara tu! Aiya..sakit kot..mana perasan haha..yang daku tahu nak baby keluar je..segala breathing teknik belajar kat youtune habis berterabur. Dengarla doktor sebut ok sikit lagi sikit lagi. Tak pe tak pe I tolong you ok. Dalam hati hah? Tolong macam mana tu. Tibe-tibe rasa pedih je. Ok..fine..haha merasa gunting tu. Gunting je terus teran. Alhamdulillah..Baby L meluncur keluar terus. Tak dek keluar kepala sangkut bahu ke apa..terus meluncur. Dengarlah suara baby menangis. Hush anak..kuat benor suara kamu ye.Hilanglah segala sakit. Dalam keadaan lalok tu..dengar doktor angkat baby lepas tu tanya. Puan..ni baby apa?  Dalam hati..eh doktor ni..takkan tak nampak..tanya kita pulak..haha..tu la lalok sangat...dari jauh nampak belalai elephant dia. Cakap baby boy pastu tengok jam nampak dalam pukul 10 lebih pastu terus tertido haha. Apa jadi kat baby pon tak tahula.. Yang sempat dengar doktor sebut puan sedut gas banyak- banyak ye. Saya nak jahit ni. puan maybe rasa sakit. Apa lagi..kita pon sedutla sungguh-sungguh. Sakit memang sakit..tapi tak sesakit nak bersalin la. The next thing pengsan balik hehe. Yang sedar tiba-tiba dalam pukul 11suku macam tu nurse datang letak baby kat sebelah. masih lalok..sambil terfikir..eh..ni anak sape ni? Kenapa letak kat sini. Bahahaha..sungguh tak senonoh ok! Pandang baby kejap..dengar nurse cakap ayah baby dah jumpa baby & azankan dah. Eh? Maknanya tak dela the 1st 10 second yang baby lahir-lahir terus letak atas dada tu. Probably sebab i was too tired and lalok. So diorang terus amik baby. Berapa minit lepas pegang baby, nurse ambil baby pastu kena tolak masuk wad. Sementara nak masuk wad tu kena tunggu kejap. Dengar nurse cakap tu suami puan tengah tunggu. Eh...terkejut lagi sekali. Sebab husband cakap tak nak tunggu. Nak tengok match bola..tak sangka dia tunggu juga (his family said he was like tak senang duduk tengok bola kat rumah terus datang balik hospital lol).  Tengok-tengok muka kemain punya seronok. The 1st words come out from his mouth..yang..abang dah tengok baby kita..comelll..macam abang...lol..haha..sabor jela dengar..ok bersambung di part 2




Monday 23 June 2014

Morning Sickness lagi

Salam, somehow rasa nak salute dekat mak, dekat ibu-ibu yang lain. How did they survive 9 months of pregnancy? Mummy baru 11 weeks dah rasa macam-macam. Today and yesterday mummy muntah-muntah & tak makan sangat. Tahu bahaya kalau tak makan, tapi paksalah macam mana pun, mesti end up muntah. Plus bila makan muntah, energy macam lagi cepat flat. Allah...cepatlah hilang mabuk ni. Mc dah terlampau banyak...takut tak dapat renew kontrak je lagi.

The worst feeling is mummy tak dapat masak sangat. Semalam papa kata lapar, mummy masakkan maggi. Tapi malam tu papa order lagi delivery makanan. Mesti papa lapar sangat. Sumpah mummy rasa bersalah. Rasa berdosa pun ada nak menangis pun ada. Dear baby cepat-cepat besar ye. Bagi mummy sihat balik macam dulu tau. So that both of you and papa dapat makan elok-elok.

Thursday 5 June 2014

Morning Sickness

Dear baby,

Morning sickness getting harder from day to day. Mummy cant stop crying day by day. Setiap masa loya-loya & muntah, pening,  back aches headaches semua lengkap. Orang kata 3rd trimester nanti baru susah tidur...how come mummy dah susah tidur sekarang? I hate waking early in the morning with mentally & physically exhausted. Office hour no longer fun for mummy...datang kerja asyik tengok jam bila lah nak pukul 5. Nak tilam..nak bantal... The worst thing is nobody understand the feeling. Cepatlah baby besar....mummy tak sabar nak jumpa awak. Nanti dah lepas 1st trimester...bila dah tak muntah-muntah, mummy gonna feed you with lots of healthy food ok...


Wednesday 4 June 2014

9 weeks of Pregnancy

Salam....

Alhamdulillah hari ni baby dah cukup 9 weeks. Experience? Allah...tak tau nak describe. Muntah...pening semua tu dah jadi kewajipan setiap hari kot. Sampaikan tengah drive waktu pergi & balik kerja pun menangis-nangis...ok..itu manja hehe. Morning sickness memang teruk. Pagi je ok...by the time pukul 12 tengahari kena cepat-cepat makan ubat tahan muntah. Kalau tak...memang lembik la jawabnya. Kiranya waktu dekat office lah paling suffer..sebab kena duduk dekat meja je plus tak de tempat nak rehatkan diri (T_T)

Since asyik muntah & pening..makanan pun limited je yang boleh masuk dengan anak tekak. Resultnya, dari berat 56kg turun ke 53.9kg. Normal ke? Normal kot...maybe nanti lepas 2nd trimester baru naik balik. Tak pe...yang penting baby kat dalam tu sihat2 je. Semalam mummy scan awak...alang-alang mummy nak buat kad check up, doktor ajak scan terus. Waktu mummy tengok awak..MasyaAllah dah besar rupanya anak mummy. Dah hanpir terbentuk semua anggota badan. The best thing is mummy dapat tengok sendiri heartbeat awak. Berkelip kelip dalam scanner tu...laju je tanda awak sihat. Rasa nak nangis pun ada. Doktor siap tunjuk lagi tali pusat awak...Subhanallah...tak sangka Allah bagi mummy dengan papa rezeki comel macam awak ni.

                                             
Terkejut mummy...dari tak nampak apa..tiba-tiba awak membesar sampai macam tu (^_^)


Dear baby...sikit je lagi kita nak lepas 1st trimester. Baby duduk elok2 ye dalam tu. Nak dekat puasa dah ni...jangan nakal2 tau..mummy nak puasa penuh tahun ni 

Wednesday 21 May 2014

Alhamdulillah...7 weeks of Pregnancy

Salam & Bismillah

Rasa macam segan nak cerita..tapi orang kata benda baik buat apa nak sorok ye tak? Alhamdulillah.. Yana dah 7 weeks preggy (^_^). So blog Bride 2 Be boleh tukar jadi journey Mommy 2 Be pulak ye. Dear lil baby, mummy buat entry ni khas untuk awak tau :)

Yana nikah 22 March 2014. Kebetulan memang dah dekat dengan tarikh subur. 2 weeks later Yana dah start tak sedap badan. Perut bloating,badan tak payah cakap..berangin je...asyik sendawa...badan pun sakit-sakit. Malam start muntah-muntah. Husband dah sengih-sengih cakap yana pregnant.Tapi yana ignorekan je..sebab macam too early kan. After few days yana makin rasa tak sihat badan tambah pulak waktu wedding tu bbnyak DIY..so hectic life tu still terasa effect dia dekat badan. Few days b4 due period..yana try upt...tak ingat jenama apa. Resultnya negative. Tapi badan makin sakit2 and one night tu kemuncak dia...perut rasa tak selesa sangat...macam ada something wrong dengan badan. Muntah teruk malam tu. Bangun-bangun pagi tiba-tiba period. Pelik jugak..jarang period awal 3 hari..suppose 7 April..4 April dah turun...tapi dah terniat nak jumpa doktor sebab tak sihat..yana pergila Klinik Ajwa sek7 Shah Alam. Doktor suspect mungkin kencing kotor tapi at the same time suruh try upt sekali lagi walaupun tengah period. Doc minta yana tengok sendiri..1 line ke 2 line...yana terus cakap 1 line...yup..Resultnya negatif. Tapi...bila doc try explain pasal kencing kotor tu..yana angguk2...tapi terdetik nak pandang upt tu sekali lagi. Terus nampak 1 lagi line timbul.Kabur sangat..tanya doktor kenapa ada faint line...doc pun macam terkejut..so dia cakap kalau macam tu tak pe..cuba try lagi kat rumah lagi after 2 weeks.Yana angguk...balik klinik terus beli upt lagi dekat guardian. Sebab honestly instinct kata ada nyawa dalam perut ni. Bila cek sendiri, negatif...sedih jugak...tapi fikir tak pela..memang period tu..so angkat barang banyak-banyak berat-berat pun tak kisah sebab tak pregnant kan.Period kali macam double heavy flow.rasa penat sangat...tak lama tu dapat call dari kakak. Dia cakap even ada faint line....itu maksudnya preggy...tapi bila yana cakap yana period...terus dia cakap either bleeding tak pun miscarriage. So kat situ yana dah tau kenapa period kali ni lain sikit...rupa-rupanya memang gugur. Tapi since baby too early..yana tak pantang pun. Hidup teruskan macam biasa. Tapi waktu period memang Yana minum coke banyak sangat..sebab nak bagi flow cepat habis.

2-3weeks after habis that...satu hari tu yana tengah drive tetiba pinggang dan belakang badan rasa sakit. Macam kena tendang la sakit dia...so just usap-usap bagi lega...rambut pulak..tetiba gugur lagi banyak dari biasa. Pelik jugak. Paling ketara...nafsu makan yana naik mendadak. Selang 2 jam yana mesti makan. Berapa hari berturut Yana terjaga tengah malam sebab terlampau lapar even sebelum tidur makan nasi sepinggan. Husband dah terkejut tengok bini dah macam monster bab makan hehe. At first ingat simptom nak period kot sebab due period nak dekat dah. Ignorekan je...then..paling ketara sekali...yana sakit nipple sangat2...Oppss...orang pompuan je boleh baca part ni ye hehe. Pelik jugak..selalu nak period breast yang rasa sakit...nipple tak pernah kot! So pelik sangat kat situ. Husband sekali sengih2 bila yana ngadu sakit dekat dia. Dia duk cakap pregnant la tu..pregnant la tu...haishhh...since baru je bleeding..yana malas nak berharap...so ignorekan je...sampailah satu hari tu..tengah keje rasa pening & loya. Terus yana tercakap dalam hati..eh boleh gitu? Hehe..yana terus tercakap baby janganlah nakal-nakal...mummy nak kerja ni.Suprisingly loya n pening-pening terus hilang! Waktu tu jugak yana text husband cakap balik nanti nak singgah watson nak beli upt. Husband duk gelak-gelakkan yana cakap kata nak beli lepas delay period...kenapa tetiba nak beli awal? Yana pun sengih jela. Beli satu yang RM7.90 satu lagi RM14.90.

Balik rumah rasa tak tentu arah..makanya sebab tak reti sabar..yana pun try waktu maghrib.Gelojoh tak?? Hehe dahla lagi 2 hari nak due period...test pulak waktu magrib memang macam membazir kan? Tapi tak kira..try jugak..bila dah buat..belek punya lama..konpius...last2 suruh husband tengok sebab....


See...ada ke tak de ni? Konpius kot.tapi sungguh husband kata ada 2 line...satu line tak terang.Sungguh-sungguh dia yana pregnant.


Tak puas hati yana cek sekali lagi pagi esok.sama jer...macam ada macam tak de. Since tak puas hati yana nak beli lagi yang murah.tapi husband belanja clearblue terus hehe...non digital...ada 2 pcs rm 26.90. Esok try terus...

30 April 2014

Alhamdulillah...baru rasa percaya. Tunjuk kat husband terus ajak jumpa doktor walaupun due period sepatutnya haritu. Doc pun terkejut. Ingatkan baby yang sebelum ni.Rupa-rupanya baby baru hehe...ekspress tak? Kalini doc cakap ada baby tu..tapi baru lagi..so tunggu 2 minggu kita scan baru nampak. Balik tu sengih2...Alhamdulillah..tapi sebab tak puas hati jugak tak scan baby...maka terjadila upt2 positive macam gambar2 dibawah hehe...banyak kan...orang yang ttc je faham kenapa upt tu mesti banyak hehe





Harini.21 May 2015 (7weeks)


Doc cakap doc nampak heartbeat awak..
Alhamdulillah...tu yang mummy tunggu. Even mummy tak nampak...papa cakap papa nampak hearbeat awak...lega mummy dengar. So baby...lets survive untik 40 weeks ye :)

Thursday 8 May 2014

Projek D.I.Y Persiapan Kahwin Yana

Salam....

Dear B2B....nak kahwin ni memang banyak sangat pakai duit. Since yana dah tukar tempat kerja..gaji memang kurang berbanding dulu. So isu duit tu memang agak sensitif bagi yana. Yela..kita nak teringin juga nak kahwin macam orang lain. Pakai cantik-cantik...persiapan semuanya cukup.

Unfortunately dengan tahap kewangan yang yana ada...yana tak mampu nak buat majlis se gah orang lain. Tapi...tapi yana still nak wedding tu jadi something yang yana kenang sampai bila2. Maka terjadinya projek DIY ni:

1.Baju & selendang nikah






 2. Pelamin sanding & nikah




3. Bunga tangan  , bakul hantaran & props pelamin



                           


InsyaAllah ada masa nanti yana explainkan details each items yang dah di DIY kan ni :)